Tuesday, August 26, 2014

Kita Rasa Sama.

Bila aku tanya kau elak.
Dulu, bila kau tanya, aku elak.
Aku elak kerana sayangkan persahabatan ini.
Bila kita bersama lebih dari sahabat awalnya
bahagia.
Kita rasa sama.
Walau hubungan kita tak sama seperti yang lain.
Bahagia.

Bila kau tanya aku elak.
Elak.
Elak.
Dan elak. Aku terima kau, sayang kemudian.

Pengakhirnya.
Aku tanya,
Kau elak.
Elak.
Dan elak juga.
Kau dengan hati rela melepaskan
aku pergi.
Aku elak perasaan sedih ini.
Tapi aku hanya perempuan.
Gadis biasa yang tidak mungkin jadi luar biasa
buat kau lagi.

Hingga kini.
Dalam semua keadaan,
situasi dan mungkin masa hadapan.
Elak dan mengelak,
rutin kita kelak.
Semua yang aku sajakkan masa tengah sedih.
Masa tengah frusted dengan 2nd boyfriend aku.
Orang kata, masa frust masa terbaik untuk menghasilkan anythings nukilan.
So, korang rasa aku berjaya tak ?

Tak Pernah Lupa

Kau kata, aku perlu tahu semua perkara
tentang kau.
Bila semuanya berakhir aku kenal siapa kau.
Tak pernah lupa.
Senyuman.
Ketawa.
Berjalan.
Bercakap.
Lirik mata.
Tak pernah lupa.
Tak pernah lupa cara kau putuskan juga.
Kita berjalan.
Berjalan dengan laju dan pantas.
Kau kata langkah ku panjang tapi aku kalah.
Kita duduk.
Kita duduk sama tinggi.
Kau kata kita sepadan.
Kau kata kita macam  Gwen dengan Parker 
watak dalam spiderman.
Sebab jurusan yang kita ambil ?
Kau kata kita saling melengkapi
walau engkau tahu aku percaya 50-50.
Kita sangat berbeza yang sama
aku suka kau
dan kau suka aku.

Pemerhati

Bapak borek anak rintih. Ketam ajar anak dia jalan lurus. Tapi walaupun ketam jalan senget, dia tetap menuju jalan yang lurus.
Kita manusia ? 
Pemimpin yang selayaknya menjadi pemimpin untuk memimpin
generasi sendiri? 

Kita leka dengan segala jenis yang dihadapkan di muka.
Alpa..
Lupa sehingga anak, anak kecik yang meningkat remaja perlu 
dididik dan dipimpin seiring dengan usia.
Tapi, sering melihat kesalahan lain,
daripa melihat tunjangnya kesalahan sendiri.

Aku yang memerhati.