Monday, March 19, 2012

biarlah DIA yang tahu

semakin hari semakin rindu semakin dalam
semakin hari semakin sayang tambah dalam 
semakin hari rasa kasih dan tak terluah
semakin hari cinta tambah kuat tak tergugat
kadang-kadang bertandang 
orang kata benci tanda sayang
sungguh memang aku sayang
sayang yang baru nak mendalam
RINDU ?
dah tak terluah rasa rindu
simpan saja rasa rindu
selalu luahkan takut rasa jemu
CINTA ?
sungguh aku cinta
cinta sedalam-dalamnya
tapi tak lupa cintaku pada-NYA
KASIH?
kasih mendalam tak terucap
tiada uang bisa diungkap
kerana rasa kasih yang meluap-luap
kerana cinta
kerana kasih
kerana sayang
terima apa adanya kamu
tak perlu sekacak pelakon malaysia
tak perlu seromantik dalam agenda filem
walau bagaimanapun
aku tetap sayang kamu
malah rindu
DOAku
harapan ku
biarlah hanya DIA yang tahu :)

benci tanda sayang ?

betul ke benci tanda sayang ?
sesungguhnya aku tidak mahu membenci sesiapa  ya Allah.
mungkin betul jugak. makin ku benci.. makin aku menyayangi dan merinduinya. ya Allah , jika benar dia jodohku,KAU panjangkan doa ku, makbulkanlah doa ku. sesungguhnya, yang baik itu datang dari MU dan yg buruk itu datang dari ku,hamba-MU. aku yakin, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik-baik.begitu juga sebaliknya.

minat bukan bermaksud cinta,bangga bukan bererti cinta,kagum bukan bermaksud cinta dan suka juga tidak serasi dengan cinta malah sayng pun bukan cinta. TETAPI cinta itu adalah cinta...

Tuesday, March 13, 2012

terbalas (bab1)

Dini dan Lia mempunyai hobi yang sama iaitu rasa gembira giler bila mereka berjaya mengusik  rakan sekelasnya. Syaznie , Fauziah , Rozita, Nurul  selalu menjadi bahan usikkan mereka dan yang paling teruk menjadi mangsa usikkannya ialah Ainatus. Tiba-tiba lamunannya terhenti apabila Fitri Yazid menjerit memanggil namanya.
“ Kak Lia , oh kak Lia cepatlah mak panggil tu.” Lia yang ketika itu berada di ruang tamu terus menuju dapur kerana masih lagi berasa terkejut dan terus ke dapur setelah sedar daripada lamunannya . Aziyah emak kepada Lia dan Fitri Yazid. Aziyah juga merupakan seorang guru yang telah bersara atau pencen. Heheh. Emaknya dari tadi tidak berhenti-henti akan mengomelkan sesuatu kerana kerja yang dilakukan oleh Lia tergendala. Bapanya jugak seorang guru dan khidmatnya hampir tamat di sekolah mengah dan khidmatnya amat diperlukan di halaman kebun mereka. Cikgu Syafie Dollah sangat disenangi oleh penduduk kampungnya.
Lia dapat mengagak apa yang akan berlaku di dapur nanti dan slahnya juga kerana khayal dengan perbualan di telefon tadi.
“Lia,kamu buat apa kat atas tu ? mak rasa lama sangat kamu masuk bilik tu. Mak rasa kamu dah lama habis bergayut dalam handphone tu ? Lia mengomel dalam hati salah dirinya juga. Pantang bersendirian pasti berkhayal. Aziyah menyambung omelannya “dan mak rasa kawan kamu tu dah banyak buat keje dah.kamu je terperap dalam bilik tu..”kalau boleh mahu saja Aziyah menyambung leterannya. Hurmm.. aku dah agak dah. Mesti kena lagi. Pokpek pokpek. Omel Lia malah dia sudah masak akan celoteh  emaknya. Walau bagaimanapun, emaknya tidak suka untuk memanjangkan cerita atau sesuatu hal tanpa bersebab. Itu antara sikap yang dia suka akan emaknya.
“Ala….mak Lia bukan sengaja nak menepek kat dlam bilik tu lama-lama. Dah kawan sekolah lama Lia call. So,Lia pun layan ajelah. Janganlah marah mak ku comel..” dalih Lia. Lalu menuju kea rah emaknya seakan-akan mahu tercabut muncung mulut emaknya. Confirm emak merajuk. Detik hatinya.
“ Ada-ada saja kamu ni.. siapa yang call kamu tu tengahari macam ni ? pelik emak dengar ?”
“ Belum tengahari lagi lah mak.” Lia membuat madah berhelah lagi dengan harapan dia tidak di smach oleh emaknya.
“ Malas emak nak melayan kamu ni. Entah bila nak fullstopnya ? ada paham ?” kadang-kala Lia suka mengusik emaknya. Dia terasa terhibur. Aziyah juga sedia maklum akan perangai anak perempuan tunggalnya.
“Si Emelda yang call mak, dia kirim salam kat mak. Dia kata dah lama dia tak jumpa bertentang mata dengan cikgu pencen Aziyah.” Haha aku saja je tambah cikgu pencen tu. Omel Lia.” Kitorang Tanya khabar je,pastu melerit-lerit teringan kenangan lama. Nostalgia tu mak. Haha. Elok je habis berbual ,terus Lia terasa Lia seolah-olah berada dalam dunia alam persekolahan. Tapi , mak kacau. Potong line.” Lia membuat gimik lagi.
“Aah.. mak dah tahu pun..dah terlebih tahu pun.kalau itu aje alas an yang kamu gunakan Liao iii… boring dah emak dengar. Try ubah sikit plot yang kamu nak berangan tu.” Amboi-amboi,emak ni kata tak nak melayan,tapi melayan jugak. Lia bermonolog. “ Dah cepat pegi. Adik kamu dah lama tunggu kat bawah tu. Kalau tidak…” belum sempat Aziyah menghabiskan kata-katanya,Lia menyambung pula “Okey mak. Terima kasih Lia pun dah tak larat nak dengar ni. Daaaa… Opppsss, kejap mak suruh Lia buat apa tadi ? Lia kembali menyengih.
“ Tulah banyak sangat yang diangankannya sampai apa yang kamu patut buat pun tak buat-buat. Dah pegi turun. Pegi hantar makanan dekat abah kamu kat kebun. Nanti kebulur jugak orang tua tu..”leter Aziyah.
“OOoohh Lia lupalah mak. Sungguh ! Sorry mak.  Adik ??
“ Ada kat bawah tu. Kamu lama sangat .”
“ Kot-kot adik tidur tak mak ?hehe. Okey babai mak. I love u ! “ sebelum Lia melangkah keluar menuruni tangga dia sempat lagi berkata “ baiklah mak,balik nanti Lia sambung dengar  segala butiran-butiran yang mak akan dan telah sampaikan.heeheh..ataupun mak rekod je apa-apa yang nak mak sampaikan pada kitorang, jiran 40 buah rumah ke atau kawan-kawan U Lia.” Dengan pantas dan laju Lia menyampaikan ucapan lisannya. Lia menuruni tangga dengan ketawa kecilnya.
“ Bertuah betul. Jaga kamu Lia.” Walau bagaimanapun telatahnya tetap menghiburkan hati selain dua anak lelakinya.   
“ Mak, Lia dah besar ok. Im not a baby…lalala” lalu Lia terus mendapatkan adiknya,Fitri Yazid.
“Dik amacam boleh buat cerita tak ? dialog akak dengan mak ?” Tanya Lia kepada adiknya. Fitri Yazid hanya mampu tersenyum lalu… “ Of couse my sweeti sistar ! of couse tak akan laris. Haha. Jom ! tunggu akak kematu bontot adik ni tahu tak ? menyampah betul kalau tunggu kak ni. Jom,jom,jom..” ucap Fitri Yazid lalu dia menghidupkan enjin motor RXZnya untuk pergi ke kebun mereka.
“ Kak,adik tak ada masa nak tanya akak masa kat rumah. Lupa aje.”
“ Adik, akak lagi taka da masa nak tanya. Nampak muka kamu je terus lupa.” Ucapnya dalam gurau.
“ Okey, stop it , sis. I hanya tunggu masa je akan melepaskan ledakkan ketawa yang terbahak-bahak. Nasib baik bawak orang.” Ujar Fitri Yazid.
“ Nak gelak-gelak je lah. Lepas je. Tak payah tahan-tahan. Tak bagus untuk kesihatan tahu.”

Sunday, March 11, 2012

novelku

dah lama jugak tak update aku punya penulisan. last aku menulis atau menyambung aku punya novel yang tak berapa nak jadi tu form 5. aku start menulis novel ni time form 3 . time tu syida  inani pun ada buat jugak. tapi tak tahu lah jalan cerita yg aku garapkan ini best ke tak.huhu. waAllahualam..
aku harap sesiapa yg singgah untuk membaca , SILAlah. .. dan jika anda rajin SILAlah sign up as the followers :)

Saturday, February 18, 2012

nak terjun .. argghhh ~

alhamdulillah , lani aku dah selamat sampai di desa a.k.a kolej atau pun hostel lah bagi yg xberapa nak faham. heeee.. k.yang , abah , mak dan anak buah yang bersama-sam menghantar aku balik ke USM untuk memulakan sem 2 . macam kecut je nak mula kan sem dua ni. makin banyak belajar.makin kuat dugaannya. wallahualam ... yang atas tu kira mukadimah je. alkisahnya begini ..sem satu macam2 yang aku pelajari.tentang erti persahabatan,tentang erti kehidupan sebagai mahasiswa dan ada seberapa perkara lagi lah. paling utama ialah masa sem satu..masa nak final exam 1st sem , aku pernah sekali terlewat bangun nak g exam. time tu tinggal 15minit nak start paper.bangun2 terus g toilet cuci muka,cuci gigi,hehe (gosok gigi daa) dan last sekali basuh ketiak. hahahak ! macam xsopan kan ? pegi duk text kat dalam ni.haha.xpelah.aku harap korang tak buat macam apa yang aku dah buat. buat malu je.huhu..dan paper yang aku duduki tu dapat B je. ciput betul lect tu nak bagi markah lebih (padahal study xnak kasi lebih)..huuhuuu.. aku rasa tak tahu nak kata apa, bila result aku sem 1 aku ni xmemberangsangkan. rasa nak terjun pokok taugeh je.opss.hahah.terjun pokok taugeh tu abah aku nyer lawak . :P 
rasa down sangat . tapi apa yang penting , aku kena pikir +ve . yelah mungkin ada orang lebih teruk dari aku kan.. jadi sem 2 ni,aku nak buat lebih baik.xmau main2 sangat. nak serius sikit (time belajar lah,time lain mana mampu nak serius.ahak) . walau bagaimanapun, mak abah memang best . mereka terus memberi dorongan dan kata2 semangat utk buat yg lebih baik untuk masa yang akan datang. I LOVE U , MAK ABAH . kalo xde mereka ni dah lama agaknya aku terjun pokok taugeh. hahah . sedih beb. sob.sob.sob . the end utk waktu2 before nak start sem 2, semua kawan2 a.k.a cousemate seolah2 berikrar untuk buat yang lebih baik utk sem akan datang..semua nak serius,xnak main2 sangat. walauwei...huhu. anyway , gudluck guys !

::: akhir kata , aku jugak ucapkan gudluck dalam apa yg korang buat. ,semoga berjaya di dunia&akhirat .