Tuesday, August 26, 2014

Kita Rasa Sama.

Bila aku tanya kau elak.
Dulu, bila kau tanya, aku elak.
Aku elak kerana sayangkan persahabatan ini.
Bila kita bersama lebih dari sahabat awalnya
bahagia.
Kita rasa sama.
Walau hubungan kita tak sama seperti yang lain.
Bahagia.

Bila kau tanya aku elak.
Elak.
Elak.
Dan elak. Aku terima kau, sayang kemudian.

Pengakhirnya.
Aku tanya,
Kau elak.
Elak.
Dan elak juga.
Kau dengan hati rela melepaskan
aku pergi.
Aku elak perasaan sedih ini.
Tapi aku hanya perempuan.
Gadis biasa yang tidak mungkin jadi luar biasa
buat kau lagi.

Hingga kini.
Dalam semua keadaan,
situasi dan mungkin masa hadapan.
Elak dan mengelak,
rutin kita kelak.

1 comment: